Thursday, December 13, 2012

Ucapan Penghargaan & Terima Kasih

Saya pegawai meja yang menguruskan proses penggantian guru-guru yang bercuti dan berkursus, bagi pihak Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja sambilan harian kerana dapat membantu pihak sekolah pada Tahun 2012 ini. Jasa tuan-tuan amat kami hargai. Terima kasih.

Friday, October 19, 2012

SENARAI NAMA GURU INTERIM 16 OKTOBER 2012

SENARAI NAMA GURU INTERIM 16 OKTOBER 2012 Disertakan senarai nama Guru Interim mengikut negeri. Maklumat lanjut boleh dimuatturun laman web KPM. Terima kasih.

Wednesday, March 28, 2012

Tawaran dan Penempatan Latihan Perguruan bagi Calon GSTT Ambilan ke-2

Semakan Tawaran dan Penempatan Latihan Perguruan bagi Calon GSTT Ambilan ke-2 Disember 2011

2nd February 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran dan penempatan latihan perguruan bagi calon Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ambilan ke-2 Disember 2011 boleh disemak melalui url http://apps.moe.gov.my/abpg/gstt_ambilan2

Thursday, March 8, 2012

Fakta Berkaitan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Selaras dengan surat KPM, KP(PP)0017/122/34/1 Jld.3(58) bertarikh 30 Disember 2011 dan (59) bertarikh 3 Januari 2012 berkaitan perlantikan guru interim di sekolah menengah, sekolah seni, sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Tahun 2012, maka dukacita dimaklumkan pihak KPM tidak akan melantik Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah-sekolah KPM mulai Tahun 2012.

Sebagai langkah mengatasi kekosongan awal persekolahan mengikut kuota perjawatan di sekolah, KPM telah membenarkan JPN melantik guru interim (bakal guru tetap yang mempunyai iktisas pendidikan)yang telah ditemuduga oleh Bahagian Sumber Manusia KPM.

Oleh itu, borang permohonan GSTT/Guru Ganti hanyalah digunakan untuk permohonan guru ganti (PSH) sahaja.

Sekian dimaklumkan.

Monday, December 12, 2011

BORANG PERMOHONAN GURU GANTI / GSTT 2012

Kepada pemohon;

Pihak kami ingin mengamalkan prinsip penjimatan di pejabat kami. Oleh yang demikian, mulai Disember 2011, borang permohonan guru ganti / gstt yang biasanya kami beri secara percuma tidak lagi dicetak. Sila muat turun borang tersebut di pautan blog ini atau di muat turun bahan di Portal PPD Manjung atau boleh muat turun di mana-mana blog dan portal pendidikan.

Terima kasih.

Wednesday, November 30, 2011

Tawaran Status GSTT Off Service Kepada GSTT Contract for Service

Dimaklumkan bahawa tawaran tersebut untuk semua guru sandaran tidak terlatih off service yang telah dilantik bagi Tahun 2011. Sila ambil tindakan dalam masa 15 hari dari taklimat negeri (25/11/2011). Untuk keterangan sila berhubung dengan Pegawai KGSK daerah masing-masing atau En. Meor di Unit Menengah atau En. Shieh/ En. Mano di Unit Rendah Jabatan Negeri Perak. Sila download bahan yang berkaitan di Portal PPD Manjung.

Sunday, November 13, 2011

Bayaran Perkhidmatan GSTT Contract for Service bagi Cuti Peristiwa, Cuti Deepavali, atau Cuti Berganti Sempena Deepavali dan Hari Raya Haji

Berdasarkan kepada perkara di atas, pihak Jabatan Pelajaran Perak melalui surat J.Pel. Pk(AM)3664/1 Jld.21(52)bertarikh 1 November 2011 telah membuat pelarasan bagi bayaran tersebut . Sila ambil maklum. Salinan surat akan diedarkan untuk makluman dan tindakan bagi pihak tuan.

surat makluman:

Semua Pengetua
Sekolah Menengah Harian
Daerah Manjung
(u.p. PK Pentadbiran dan Ketua Pembantu Tadbir / Pembantu Tadbir)

Tuan,

PELARASAN BAYARAN PERKHIDMATAN GSTT “CONTRACT FOR SERVICE” BAGI CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

Surat Permohonan Kinta Utara kepada JPN Perak PPDKU/01/10/004 Jld. 7 (16) bertarikh 25 Oktober 2011 dan Surat jawapan dari JPN Perak J. Pel. Pk (AM) 3664/1 Jld. 21 (52) bertarikh 01 November 2011 adalah dirujuk.

2. Berkaitan dengan kekeliruan bayaran perkhidmatan GSTT CFS bagi sekolah-sekolah yang telah mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti sempena perayaan Deepavali maka Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Perak telah memutuskan bahawa oleh kerana tarikh-tarikh cuti tersebut diambil jatuh pada hari persekolahan maka pembayaran bolehlah dibuat berdasarkan tiada syarat lain bagi kemudahan cuti dinyatakan dalam Syarat-Syarat Perkhidmatan bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Conract For Service ini.

3. Sehubungan itu sekolah-sekolah yang terlibat perlu membuat pelarasan bayaran ini bersama bayaran perkhidmatan bulan November 2011 nanti.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.